26 November 2016

Sopan

Minggu lepas
bukan main garang atas jalan
hingga terlentang panjang kain rentang
penuh kata-kata perwakilan
diconteng pula tulisan-tulisan menentang kesopanan
konon-konon menuntut keadilan

Beberapa hari kemudian
bila pertolongan diperlukan
bila jiran depan menghadap kematian dan kehilangan
bila seekor kucing yang mungkin tak bertuan dibaham anjing-anjing jalanan
cuma kata-kata dari pengalaman lepas yang dilemparkan

"Lumrah dalam kehidupan. Adatlah dalam kehidupan"

Lalu dengan tidak bersopan
seawal pagi dipaksa dan dikejutkan
hanya untuk memberi bantuan
sekeping gambar separuh anggota badan
untuk dilacurkan perkhidmatan kepada teman-teman
teman-teman yang dari awal pandai mengatur puji-pujian agar mudah dikerjakan
sehingga nilai-nilai cinta sanggup dicampak bertaburan
akhirnya iphone 5 yang menjadi pengantaraan
yang dulu pernah dijadikan bahan dalam salah satu tulisan

Dalam satu ruang yang luas, masih ada tubuh yang lemas. Dengan sopan, mahukah kau memberi pertolongan? Walau tiada wang diberikan atau lensa kamera difokuskan oleh teman-teman, masihkah kau mahu menyemai cinta dengan sopan?

Terima kasih Tuhan, tapi aku masih tak ada pilihan.



No comments:

Post a Comment