21 May 2016

Catatan Hujung Minggu : Lagu Untuk Manusia Judgemental

Sekitar 6.00 petang

Dalam sebuah kereta Honda yang mungkin belum habis bayar, mereka mahu menyinggah ke sebuah mall sebelum melihat pementasan teater di UM, tempat yang aku jarang pergi, tak suka pergi tetapi terpaksa bila perlu. Jangan salah faham. Tempat itu bukan UM, tapi mall. Bukan sebab duit atau masa, tapi sebab aku lemas dengan orang ramai yang macam-macam kerenah, dan idea mengisi waktu hujung minggu di mall. Kenapa tidak laut? Sungai? Bukit? Okay, lupakan seketika. Itu konflik dalaman aku sekarang. Berbalik kepada cadangan mereka. Memandangkan  aku tak punya kenderaan, ditambah lagi dengan keadaan mental dan spiritual aku yang belum stabil, seperti biasa aku cuba mengalah untuk tidak rigid, dan cuba untuk bagi diri aku satu peluang meluangkan masa dengan mereka. Bila aku dapat tahu mereka mahu ke Amcorp Mall, air muka aku berubah. Pertama, aku gembira sebab itu antara mall yang aku suka dulu. Kedai buku, barang antic, batik dress exotic, typewriter, itu semua antara kedai favourite aku. Kedua, aku rasa bersalah sebab masih ada sifat judgemental aku terhadap orang lain, mempertikaikan pilihan orang, sedangkan aku tak tanya langsung maklumat dengan lebih terperinci. Maaf, aku tahu aku silap. Jadi, aku tak fikir panjang. Gembira suka!

Ayop :
Korang nak dengar lagu apa?

Fiza, Bandi :
Apa-apa je lah Yop. Kitorang okay je.

Ayop : Hm… lagu Senario ok tak?

Aku : Serious ah Ayop?! Legend tu lagu pecah masa sekolah!


Ayop : Haaa kan kan kan. Aku selalu pasang lagu ni time aku mengantuk bila drive. Bila pasang, segar terus! Okay ready eh….





No comments:

Post a Comment