23 May 2016

Catatan Hujung Minggu : Terang Bulan (Ayop Azril)

Sekitar 2.00 pagi

Aku :
Ejoy. Kau ada lagu tu tak?

Ejoy : 
Lagu apa?

Aku : 
Alaaa lagu 2 minit yang korang kasi aku dengar semalam.

Ejoy :
Hahaha kau ni. Tajuk dia Terang Bulan lah.

Aku :
Whatever. Kau send kat whatsapp boleh?

Ejoy : 
Ok.

Aku :
Kejap! Ayop tak marah ke forward lagu ni? Kang kalau aku curi lagu ni keluar radio kang macam mana, tiba-tiba meletup, menyesal korang nanti.

Ejoy : 
Hahaha. Takde ape-ape kot. Kau suka betul lagu ni.

Aku :
Hmmm, suka. Chorus dia tu. Lirik tu, melodi tu, ah buat lah lebih 2 minit baru aku komen panjang-panjang!

Ejoy :
Abang Ayop cakap semalam lagu ni dia bayangkan Pokme kan? Sebenarnya aku rasa, aku rasalah kan… lagu ni pasal mak dia.

Aku :
Mak?

Ejoy :
Haah.

Ah, pukimak lah. Kenapa Ejoy rasa apa yang aku rasa jugak? Cumanya aku tak cakap kat Ayop sebab, masa lepak makan kat SS2 sembang pasal mak pun dia dah goyang suruh tukar topik lain, jadi aku tak berani nak cakap macam tu. Kenapa semua benda kena jadi secara kebetulan? Lancaulah. Hari tu masa Ejoy suruh aku kejut dia dalam studio jamming, aku nampak foto-foto dia dengan mak dia. Aku alihkan pandangan sebab barang-barang orang kan agak privasi, aku sakat buat bising suruh bangun, tapi mata aku lari balik kat foto-foto tu. Aku perhati betul-betul. Bahagianya kau dengan mak kau. Sayangnya kau kat mak kau. Tapi mak kau dah mati. Macam mana kau deal ah sial? Aku selalu Nampak kau happy je. Paling teruk pun aku tengok kau senyap bila buat kerja mengadap skrin. Relationship aku dengan mak aku sekarang dah berubah. Dulu pernah macam tu, tapi sekarang tak. Aku rindu perasaan tu. Moment yang paling pukimak sekali, bila aku nampak ada tulisan kat situ, lebih kurang macam ni :

“Saya sayang, kaseh dan cinta mak saya…”


At the end of the day, is it’s all about the blessings from our mother? My life is a mess, my love is a trash, is it all about blessings?

No comments:

Post a Comment