22 May 2016

Catatan Hujung Minggu : Interpretasi Lagu Bersama Fantasi

Sekitar 4.00 pagi

Selepas pulang menonton Yakuza mabuk di UM, mereka sepakat menyinggah ke SS2. Sabtu malam minggu, kat mana-mana, dengan siapa-siapa, aku pasti momentnya mungkin lebih kurang sama. Bermula dengan kritikan terhadap stesen TV dan pilihan penonton luar bandar, dari luahan perasaan naik turun orang seni dan kekecewaan masing-masing, dari usikan gender, patriaki, maskuliniti dan anarki, dari perkongsian solo traveling dan plan bercuti yang tak jadi-jadi, angan-angan, impian, soal Tuhan, keluarga, kekasih, diri sendiri, hentai, MRIC, berenang bogel kat dalam laut dan hinggalah ke… filem tamil Kutti Kutti! Dalam perjalanan pulang, mini konflik yang sama terjadi lagi. Lagu.

Ayop :
Okay. Cuba dengar lagu ni ek…

aku ingin berjalan bersamamu
dalam hujan dan malam gelap
tapi aku tak bisa melihat matamu

aku ingin berdua denganmu
di antara daun gugur
aku ingin berdua denganmu
tapi aku hanya melihat keresahanmu

aku menunggu dengan sabar
di atas sini, melayang-layang
tergoyang angin, menantikan tubuh itu

aku ingin berdua denganmu
di antara daun gugur
aku ingin berdua denganmu
tapi aku hanya melihat keresahanmu

ingin berdua denganmu
di antara daun gugur
aku ingin berdua denganmu
tapi aku hanya melihat keresahanmu


Aku :
Peh! Ini lagu mintak kongkek ni Ayop!

Fiza, Bandi :
Hahahahaha!

Ayop :
Hahaha entah pape ko ni Sherry. Lagu mintak kongkek?

Aku : 
Ha la! Kau bayangkan eh Yop, pergi pantai malam-malam…

Ayop :
(mencelah) … berenang bogel? Celah-celah batu?

Aku : 
Yes! Berenang bogel lepastu terjumpa penyu... takda cengkerang…

Fiza, Bandi :
Hahaha dah boleh agak dah apa kau nak cakap Sherry.

Aku : 
… lepas tu tertanya-tanya “Eh kenapa penyu ni takda cengkerang?”

Ayop :
Rupa-rupanya, “Eh penyu ni memang melekat kat badanlah!”

Semua :
Hahahahhahaha! Bodohlah kau! Bongok!

Aku tersenyum selepas melayan ketawa-ketawa mereka. Ya, beginilah aku. Jujur, walau kotor. Aku tersentak seketika sebab aku mula sedar, sudah lama aku tak begini. Menjadi aku yang dulu. Ketawa dengan lawak bodoh dan bangang aku sendiri.

***

Sekitar 6.00 pagi

Otak dan badan aku sedikit penat. Soal family blessings, relationship aku dengan Mama, relationship aku dengan bekas kekasih separuh binatang, soal majikan dan keluarga beliau, masih berlegar-legar dalam kepala. Tapi lebih baik dari hari-hari yang lepas.  Sudah beberapa malam tidur aku terganggu. Mungkin otak dan badan masih belum menyesuaikan diri dengan ruang dan peluang yang baru. Tapi itu bukan alasan untuk aku sebarkan energy yang negatif. Maka kami semua sama-sama menanti hari untuk cerah, sambil menghembus balut…

Ayop : Sherry, power spek kau berapa?
Aku : Power gila.
Azam : Wey, punchline tu. Hahaha.

Aku kembali berborak dengan Ejoy mengenai Yakuza mabuk di UM. Aku bilang sama Ejoy yang aku gembira tengok dia atas pentas. Aku fangirling teruk masa habis show. Dia ada bakat, dan dapat peluang untuk realisasikan impian dia. Dari bangunan MARA, hingga ke saat ini, tak pernah sekali pun dia mengecewakan penonton. Kemudian aku kembali menatap smartphone separuh hancur, sama hancur macam semangat aku sekarang sebenarnya. Ada perkara yang masih belum selesai. Antara aku dengan Mama, antara aku dengan Ayam. Kusut. Aku cuba lari, tapi kadang-kadang gagal. Resah itu kembali. Tiba-tiba...

Ayop : Sherry, cuba dengar lagu ni…sedap ke tak.
Aku : Hah? Siapa penyanyinya?
Ayop : Ari Gustavo.
Aku : Gustavo?
Ayop : Ye, nah.

Rembulan di malam itu
Bersinar melimpahi
Hati ini, resah ini
Pada dia kesuma hati

Rembulan di malam itu
Bercahya menyinari alam ini
Aku rindu mencintai .... (tak ingat, main bedal)
Hati ini sungguh rindu

Andai mampu kukata
Cinta untuk mu.... (tak ingat, main bedal)
Kembang jiwaku
Andai mampu ku kata 
Cinta yang... (tak ingat, main bedal)
Kembang hati ku
Jauhmu aku sayang ...(tak ingat, main bedal)

Ayop :
Macam mana?

Aku : 
Wey, boleh tahan merecik! Sedap suara Gustavo ni. Lagu pun best! Kejap, apasal lagu ni 2 minit je? Pemalas betul penyanyi sekarang. Dahlah buat album sekarang lagu sikit. Buat lagu pun 2 minit!

Ayop : 
Hehehe. Bukan Gustavolah. Ayop yang buat lagu ni. Suara tu suara Ejoy, bukan Gustavo.

Aku : 
Celaka kau Ayop! Nasib baik aku tak kutuk kaw-kaw tadi. Eh, sedaplah lagu ni. Kejap. Kenapa 2 minit je Ayop? Lagu tu sedaplah.

Ayop : 
Lagu ni tak siap lagi sebenarnya. Ayop record ni pagi-pagi dengan Ejoy, sebab taknak lupa melodi dia.

Aku : 
Wauuuuuu……… So apa tajuk lagu ni?

Ayop :
Terang Bulan.

Aku :
Terang Bulan?

Ayop :
Haah. (Diam seketika, tiba-tiba serius) Masa buat lagu ni Ayop just terfikir orang-orang tua bercinta. Ayop bayangkan video klip dia, Pokme bercinta dengan Makcik jual kuih.

Begitulah Ayop, antara kawan yang aku banyak spend masa lately. Tiga tahun kenal cuma baru sekarang dapat peluang melepak sekali. Seorang manusia random dengan lawak-lawak yang boleh tahan bijak dan pecah, penakut anjing, workaholic musician yang tak reti beza siang dan malam, ada hati nak tackle Ummi Nazeera, ada musang nama Nelly, bukan Nelly Furtado tapi Nelydia Senrose, hidup mati dia dengan cinta, kaseh dan sayang mak dia. Seorang kawan yang secara tak sedar dah tampar aku untuk perbaiki relationship aku dengan Mama. Semoga impian kau nak buat musical theatre kat Istana Budaya tercapai, dan semoga lagu kau bukan 2 minit lagi panjangnya. Akhir sekali, bagilah peluang untuk aku casting watak makcik yang jual kuih dalam music video Terang Bulan, supaya aku boleh rasa menjadi part of the family! Aku sanggup pakai make up nak nampak tua ni!

TAMAT

No comments:

Post a Comment