21 April 2016

K.A.K (Kahwin.Anak.Keluarga)

Selepas 2 cawan JD bercampur Coke buat Honeybunnyterungbendi dan 1 cawan Bacardi bercampur Sprite buat Puteri Disiniland di Vineria.it, dan selepas bertemu teman-teman lama Honeybunnyterungbendi usai cari makan sekitar Bangsar, mereka menuju pulang. Di dalam kereta…

Puteri Disiniland :
Macam ni eh life kawan-kawan musician you lepas kahwin? Tunjuk gambar anak sendiri, puji anak comel, isteri baca whatsapp, kena balik awal sebab pagi nanti nak hantar isteri kerja dekat Putrajaya. Hehehe…

Honeybunnyterungbendi :
Hehehe… tulah.

Puteri Disiniland :
James pun dah nak dapat baby, kan? Macam tu je kan twist? Tiba-tiba dah nak dapat baby. Life should be twisted macam tu ke eh sebenarnya?

Honeybunnyterungbendi :
Tak tahulah. James adalah orang yang paling I tak sangka akan ada baby. Berapa lama dia single sebelum jumpa Jess, polyamorous lagi.

Puteri Disiniland :
Kenapa dengan polyamorous? Apa kena mengena?

Honeybunnyterungbendi :
You kena faham, polyamorous relationship ni boleh je ada ramai partner, dan tak perlu bagitahu pun kat partner diorang relationship diorang dengan orang lain.

Puteri Disiniland :
I tak nak tahu semua tu.

Honeybunnyterungbendi :
Sometimes orang confuse, kalau polyamorous orang ingat ohhh ramai partner. Tapi boleh jadi relationship tu sebenarnya diorang berdua je takda partner lain pun.

Puteri Disiniland :
I tak nak tahu semua tu! You ni asyik ulang-ulang benda yang sama, yang you beriya explain kat I, you nak kan sebenarnya? Kan?

Honeybunnyterungbendi :
Apa? Ada anak?

Puteri Disiniland :
Ohhh, I ingat you cakap pasal polyamrous relationship.

Honeybunnyterungbendi :
I kan, kalau I ada duit, menang jackpot 25 juta, I mungkin akan open pasal ada anak. Ish tapi kesianlah kat you, nanti susah nak bawak jumpa family sebab kita tak kahwin.

Puteri Disiniland :
Apa yang susah, kita kahwin aje lah.

Honeybunnyterungbendi :
Seriously?

Puteri Disiniland :
Tadi you cakap kalau ada duit you nak anak? So kita kahwin ajelah. Kan dah stabil?

Honeybunnyterungbendi :
Kahwin? Apahal you ni? I cakap kalau I ada duit, mungkin I akan open sikit pasal the idea of having anak, I tak fikir pun pasal kahwin.

Puteri Disiniland :
Tapi I nak kahwin, I tak nak ada anak.

***
Walaupun tak berkesudahan dan masih kabur, Puteri Disiniland sebenarnya terkejut. Lebih kepada tak percaya. Deep down inside, ada satu spark, spark yang sama rasanya masa mula-mula Puteri Disiniland jatuh hati dengan Honeybunnyterungbendi, waktu dia puji rambut dan mata Puteri Disiniland masa kelas lakonan dulu, waktu dia mempersoalkan kenapa mata yang cantik nak disorok dengan rambut? Waktu dia menyatakan kelebihan fungsi rambut dan mata yang pelakon boleh gunakan sebagai kekuatan. Macam mana Honeybunnyterungbendi boleh tahu kekuatan yang Puteri Disiniland selalu disorok dari orang sebab malu dan tak yakin?

Spark itu. Spark itu datang semula bila Honeybunnyterungbendi buka mulut pasal anak. That spark led to a ray of light inside her darkness. Terselit satu perasaan yang gementar tetapi gembira, bercampur harapan dalam ketakutan. Walau masih dalam kegelapan, ada cahaya di celah-celahnya. Sama, perasaan itu sama! Apa ini?


Sekurang-kurangnya, Puteri Disiniland tahu bukan dia sahaja tak berlaku jujur sejak bersama Honeybunnyterungbendi berkenaan isu kahwin, Honeybunnyterungbendi juga tak berlaku jujur sejak bersama Puteri Disiniland berkenaan isu anak, atau mungkin sebenarnya… keluarga?