29 January 2016

Pesan Abah

Ingatlah wahai anak-anakku!
Aku tak pernah bahagia sebagaimana ketika ibuku masih ada, selepas aku kehilangan ibuku! Apa yang aku kesalkan ialah, aku tak puas berbakti kepadanya. Dia pergi terlalu awal atas kehendak Ilahi. Aku hampir gila dan hilang arah tujuan hidup. Bagiku, ibuku adalah segala-galanya di dunia ini.
Jadi wahai anak-anakku, janganlah sesekali kamu mengabaikan ibumu. Jangan kecilkan hatinya kerana aku bapamu! Aku tahu ibumu adalah ibu yang kuat pengorbanannya, keteguhan semangat membesarkan kamu semua. Jangan sampai satu hari nanti wahai anakku, perasaan yang dasyat yang pernah aku lalui merempuh kamu. Dan yang paling aku bimbangkan, kamu semua tidak sekuat semangat dan ketabahan aku untuk merempuh dan meneruskan kehidupan di depan kamu.
Ingatlah apa yang Abah ceritakan disini untuk membimbing kebahagian kamu wahai anak-anakku sekalian!
Abah
Friday, 5.47 pm, 29.1.2016

No comments:

Post a Comment