01 December 2016

Just pull out, because we are not that loud.

Sometimes, we have to accept that, our idea is not that necessarily important, critical, acceptable and effective to the society, or even in a collective. We have to accept that only certain people with colours who carries the benefit of networking will going to nail every idea that you've had proposed or spoken.

Truth is, that kind of people who triggers major provocation and sensation but  never seek for solution, is the one who will dominate collective movement.


26 November 2016

Sopan

Minggu lepas
bukan main garang atas jalan
hingga terlentang panjang kain rentang
penuh kata-kata perwakilan
diconteng pula tulisan-tulisan menentang kesopanan
konon-konon menuntut keadilan

Beberapa hari kemudian
bila pertolongan diperlukan
bila jiran depan menghadap kematian dan kehilangan
bila seekor kucing yang mungkin tak bertuan dibaham anjing-anjing jalanan
cuma kata-kata dari pengalaman lepas yang dilemparkan

"Lumrah dalam kehidupan. Adatlah dalam kehidupan"

Lalu dengan tidak bersopan
seawal pagi dipaksa dan dikejutkan
hanya untuk memberi bantuan
sekeping gambar separuh anggota badan
untuk dilacurkan perkhidmatan kepada teman-teman
teman-teman yang dari awal pandai mengatur puji-pujian agar mudah dikerjakan
sehingga nilai-nilai cinta sanggup dicampak bertaburan
akhirnya iphone 5 yang menjadi pengantaraan
yang dulu pernah dijadikan bahan dalam salah satu tulisan

Dalam satu ruang yang luas, masih ada tubuh yang lemas. Dengan sopan, mahukah kau memberi pertolongan? Walau tiada wang diberikan atau lensa kamera difokuskan oleh teman-teman, masihkah kau mahu menyemai cinta dengan sopan?

Terima kasih Tuhan, tapi aku masih tak ada pilihan.



24 November 2016

Short Note for 'Kaki Flirt Ikat Tepi'

At the end of the day, or at the end of a relationship, everything is ugly.

People flirt, people cheat, people lie. People just want sex, either for reproduction or pleasure, people just want sex, not love. People just want the happiness of teasing each other, not the commitment of comforting each other when facing the low moment. People just want to be with new people in life, meeting new adorable admirer, get inspired, get praised and get high with drugs and still dare to talk about love and humanity. People just want to be a hero for temporary phase in life. People are slavering money to solve everything.

No matter how good you are, you always can be replaced. This fucking fliterry flirting feeling is powerful, even money and loyalty can't afford that kind of feeling.

20 October 2016

Tuhan Jalanan

Makin lama, makin banyak Tuhan yang dicampak ke jalanan, sehingga Dia sendiri terpaksa mengumpul pengikut-pengikut baru untuk menyebar ajaran konon-konon atas dasar cinta yang realitinya, penuh penindasan dan ketidakadilan yang akhirnya, hanya yang pandai menyusun kata-kata, macam puisi atau slogan-slogan menteri, akan dapat bertahan dengan apa yang diperjuangkan, termasuk kebebasan berkerajaan, kebebasan berpakaian, kebebasan berjantinan, kebebasan bersenggama, atau apa sahaja yang menjadi lawan kepada kesemulajadian.

Berapa nilai kitab dan hadis yang dijual? Boleh aku tanya wang posnya sekali?

01 October 2016

30 Minutes Moment With So Called, Crush?

So I had a conversation with him, when everyone is napping enjoying the sea breeze : 

Crush :
Kau perasan tak, cara aku layan kau dengan aku layan kawan-kawan perempuan kita yang lain, memang lain? Sebab kau special. Aku akan interested nak kenal orang tu dan nak tahu pasal orang tu bila aku suka orang tu. Aku suka kaqu, Sherry.

Me :
Maksud kau, selesa?

Crush :
Aku suka kau, Sherry.

Me :
Yelah, maksud kau macam selesa, kan?

Crush :
Ya, selesa.... Sebab tu aku sentiasa perhati kau, apa yang lain kat diri kau setiap kali kita jumpa, apa kau pakai, apa kau buat.

Me :
Patutlah kau sampai boleh perasan gelang aku tak ada sebelah kalau aku terlupa nak pakai!

Crush :
Hehe.



****


Crush :
Fiza, tolong letak batu kat kain Sherry. Nanti terbang

Me :
Eh biarlah.

Crush :
Alaaa, aku tak nak orang lain tengok Sherry....



***



You brought all of us to PD after my birthday because i think you were thinking everyone need an escape, and that would be a wonderful excuse. I might be wrong for guessing on behalf of you.  

You bought Chrysanthemum, not sure for whom but I was the first one to grab it. You asked about my relationship with Ayam openly. You shared your personal life with me without me even asking. The day before, you comfort me with a blanket before I went to sleep. You're such a sweetheart my dear friend. 

Dear crush. Are you crushing on me too? I must be wrong. Am I?

02 September 2016

Bila dia soal aku,

"Kau nak aku tikam kau ke hah Sherry?!"

Belum sempat aku hadam perkataan tikam dan sebelum habis ayat, dengan sekelipan mata, aku dapat rasa jari-jari dari tangan jantan dia terbenam kasar dekat mata dan kening kanan aku. Sakit. Pedih.

Dia betul-betul tikam aku, walaupun aku tahu dia tak sengaja. 

Semoga hari esok, aku bukan lagi manusia :

1) Yang selalu menyakitkan hati dan perasaan dia
2) Yang selalu tak menghargai usaha-usaha mulia dia
3) Yang selalu membalas perbuatan kasar dan ganas dia
4) Yang selalu larikan diri untuk mengalah bila berbahas dengan dia
5) Yang selalu diam bila tak setuju dengan dia
6) Yang selalu mempersoalkan nilai cinta, kasih dan sayang dia
7) Yang selalu menyindir dalam nama komersial dia
8) Yang selalu salah tafsir nada dan ton suara dia
9) Yang selalu merendahkan semangat dan galakan dari dia

Semoga hari esok, aku berjaya berhenti memburu harapan baru yang akan timbul setiap kali berbaik selepas dia puas cari jalan nak selesaikan perbalahan, selepas dia selesai pekup mulut aku, tekan mulut aku dalam-dalam supaya aku berhenti cakap dan dengar apa yang dia nak jelaskan, selepas dia selesai pukul, cekik leher aku, tengking aku rapat ke muka dengan mata-mata terbeliak, maki aku dengan suara lelaki paling garau penuh ugutan, herdik aku macam imigran dalam tahanan lokap. Semoga aku berjaya bunuh awal-awal harapan untuk itu!

Soalan aku untuk dia,

"Macam mana kita boleh liar, gila, dan ketagih menyakiti sesama sendiri sampai ke tahap ini hari ini?"

01 September 2016

Ken Apa?

Kenapa bila kita berusaha untuk jadi lebih baik, kita akan dibayangi kisah lampau semula?
Kenapa bila kita cuba untuk bersabar, kita akan jadi lebih kasar dan ganas?
Kenapa bila kita berlaku jujur, kita akan terus diperbodohkan?
Kenapa bila kita merendah diri, kita akan dipijak-pijak tak bermaruah?
Kenapa bila kita jauhkan diri dari tahi, tapi bau tahi masih melekat dekat hidung?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?


Apa yang tak kena?

21 August 2016

Pembunuh Lelap Dan Sedar

kau bunuh aku tiap-tiap malam
sorang-sorang
diam-diam
dalam-dalam

kau terbang bebas tiap-tiap hari
macam malaikat mengikut suruhan
konon-konon menggalas tugas

kau buat aku keliru
antara lelap dan sedar
kau berlegar-legar di hadapan pintu
tapi kau bukan yang berkaki empat itu
yang selalu menemaniku
kau buat aku keliru
antara lelap dan sedar
kau berbisik-bisik ditelingaku
tapi kau bukan yang berkaki dua itu
yang selalu memujukku
tapi kau yang bersuara keras dan menyakitkan telingaku!

akulah yang paling menyedihkan
bila-bila kau berkesempatan
untuk memanipulasi keadaan
aku cuba melawan untuk bertahan
tapi mereka merasa akulah yang membahayakan
aku cuba untuk lari dari ditelan
tapi mereka lihat akulah yang dicekik khayalan
aku cuba menepis dengan tangan, dengan badan
tapi mereka lihat aku bertarung tak keruan
aku cuba merayu minta dibebaskan
mereka cuma mendengar aku merapu tidak jelas sebutan

cukup!

kalau betul kematian lebih memuaskan
sekali lagi aku merayu minta dibebaskan
cukup dengan sekali cabutan
bukan dengan pembunuhan tak berkesudahan
bukan dengan merosakkan aku sama keluarga dan teman-teman!

mana kau?

diawal syawal
aku sudah berjanji dengan Tuhan
sewaktu pesawat tambang murah itu mau dihempas awan
perjanjian hidup dan mati
dan sekarang aku sedang mencabar berani
bila-bila kau senang hati
jemputlah datang ke kamar sedang aku bersendiri
sedarkan aku yang diseksa ngeri!













20 August 2016

Hehe-She-He-Tee-Hee

She's a toy she can't get joy
She's a heartless man-made coil she can't twist the boy
She has no autonomy, no money
So she waits alone staring her enemy

He, who has spent his time with her solely
Now throw her noodle in that dirty sink
And let her suffer and run out of the shelter again with that pathethic belly!

06 July 2016

End of Ramadhan : Reaching 'Home'

Tak ada perasaan yang lebih membahagiakan selain dari melihat seluruh ahli keluarga selamat tiba depan mata. Kalau duit boleh terbit rasa bahagia melayan Abah, Mama, abang dan adik-adik senyum suka, kenapa susah sangat nak sampai itu fasa?

Dan, semalaman aku berfikir. Soalan yang tak dapat dijawab. Di pengakhiran, aku cuba sedapkan kenyataan.

"Aku tak boleh percaya dengan apa yang aku tak faham. Aku tak boleh jawab soalan bila aku belum jumpa lagi jawapan,"

Itu yang sepatutnya aku jawab, bukan diam duduk sebelah-menyebelah melayan perasaan!

05 July 2016

End of Ramadhan : Leaving The City

Sahur pertama aku dengan mereka, berbuka terakhir di kota juga dengan mereka. Kemudian, momen pertama kali teman kawan yang baru bergelar ayah shopping barang baby pun boleh tahan menghiburkan :

Sedang aku meneliti barang-barang baby di rak satu per satu,

Aku :
Oh my goodness, sebelum kahwin pilih design getah, lepas kahwin pun masih pilih design getah.

Kawan :
Apa? Kondom? Puting?

Semua :
Kahkahkah!!!

Aku perhati dari jauh dua lelaki mencari-cari lampin bayi baru lahir. Bila mereka merapat,

Kawan : Sher, kalau orang tak tahu kan, mesti orang ingat dua orang gay boy ni baru bela anak angkat kan?

...and who knows, it's my first time hopping into his car balik raya heading south. It was a very well spent moment just the two of us, talking about The Power of Creator and blessings. A privilege for me, like always, I was given the opportunity to pick the playlist through out the journey! Of course, I chose Suri Cemara, I was delighted by his music arrangement because I can tell I spent almost every Tuesday and Wednesday listening to them while working on my paperwork in Langkawi. Suddenly, he said,

"Sher, kau nak tau tak. Ni lah first time aku drive paling slow balik Seremban,"

Skipped, but the whole conversation made me wonder.

"Dear Sherry, do you believe in GOD?"
"Dear Sherry, do you want this kind of life, or this kind of people in your life?"

I remained silent.


03 June 2016

Catatan Seorang Penakut

Nama saya Shareyza. Kadang-kadang orang panggil saya Sherry, kadang-kadang Kubi. Tadi petang saya timbang berat badan saya. Dari 55kg turun ke 52kg. Saya seorang yang penakut. Sangat penakut. Saya takut dengan masa depan dan kebarangkalian yang saya sendiri tak tahu macam mana. Saya hilang 3 kg dalam masa 2 minggu sebab saya seorang yang penakut. Jauh di sudut hati saya, saya dah mula sedar. Saya sedar saya sangat pentingkan diri, sebab saya masih menangis, menangis dan menangis hingga mata saya lebam, mulut saya kering, telinga saya berdegung, suara saya berubah menjadi serak, dan selera makan saya makin berkurang. Saya sangat pentingkan diri sebab dulu saya tak pernah sedar dan fikir tentang hati dan perasaan orang lain yang sayangkan saya bila melihat saya masih menjadi seorang yang penakut. Saya bukan sahaja penakut, malah saya juga seorang yang kejam. Saya kejam sebab saya masih tak boleh lepaskan orang yang pernah berkongsi kasih sayang dan rasa cinta bersama saya, yang sudah pun patah hati dan kecewa dengan saya, untuk teruskan hidup menyebarkan cinta sesama manusia. Paling kejam, saya masih seperti dulu. Masih mempunyai sifat ingin memiliki, dan tak sudi berkongsi kasih sayang dan cinta dengan orang lain. Kedekut kan saya? Sudahlah penakut, kejam, kedekut pulak tu...

Saya masih dalam proses menanggung rasa bersalah yang teramat sangat terhadap diri saya dan dia. Dia yang pernah sudi hidup bersama saya, dan masih lagi bersama saya cuma kali ini, fasanya luar biasa. Rasanya juga luar biasa. Saya juga sedang berusaha untuk terus melihat orang yang saya sayang gembira, sebab dia pun mahu yang terbaik untuk saya, dan sedang mengikis kuat perasaan kedekut dalam diri saya untuk berkongsi cinta, kerana saya tahu orang yang kedekut tak akan selesa dan bahagia hidupnya.

Saya ada dua soalan. Memang mula-mula nak jadi seorang yang berani akan rasa pedih-pedih seperti  luka baru yang dititis air garam dan limau ya? Kemudian, adakah akan ada bahagia untuk dua-dua selepas luka itu sembuh, biarpun berparut?

23 May 2016

Catatan Hujung Minggu : Terang Bulan (Ayop Azril)

Sekitar 2.00 pagi

Aku :
Ejoy. Kau ada lagu tu tak?

Ejoy : 
Lagu apa?

Aku : 
Alaaa lagu 2 minit yang korang kasi aku dengar semalam.

Ejoy :
Hahaha kau ni. Tajuk dia Terang Bulan lah.

Aku :
Whatever. Kau send kat whatsapp boleh?

Ejoy : 
Ok.

Aku :
Kejap! Ayop tak marah ke forward lagu ni? Kang kalau aku curi lagu ni keluar radio kang macam mana, tiba-tiba meletup, menyesal korang nanti.

Ejoy : 
Hahaha. Takde ape-ape kot. Kau suka betul lagu ni.

Aku :
Hmmm, suka. Chorus dia tu. Lirik tu, melodi tu, ah buat lah lebih 2 minit baru aku komen panjang-panjang!

Ejoy :
Abang Ayop cakap semalam lagu ni dia bayangkan Pokme kan? Sebenarnya aku rasa, aku rasalah kan… lagu ni pasal mak dia.

Aku :
Mak?

Ejoy :
Haah.

Ah, pukimak lah. Kenapa Ejoy rasa apa yang aku rasa jugak? Cumanya aku tak cakap kat Ayop sebab, masa lepak makan kat SS2 sembang pasal mak pun dia dah goyang suruh tukar topik lain, jadi aku tak berani nak cakap macam tu. Kenapa semua benda kena jadi secara kebetulan? Lancaulah. Hari tu masa Ejoy suruh aku kejut dia dalam studio jamming, aku nampak foto-foto dia dengan mak dia. Aku alihkan pandangan sebab barang-barang orang kan agak privasi, aku sakat buat bising suruh bangun, tapi mata aku lari balik kat foto-foto tu. Aku perhati betul-betul. Bahagianya kau dengan mak kau. Sayangnya kau kat mak kau. Tapi mak kau dah mati. Macam mana kau deal ah sial? Aku selalu Nampak kau happy je. Paling teruk pun aku tengok kau senyap bila buat kerja mengadap skrin. Relationship aku dengan mak aku sekarang dah berubah. Dulu pernah macam tu, tapi sekarang tak. Aku rindu perasaan tu. Moment yang paling pukimak sekali, bila aku nampak ada tulisan kat situ, lebih kurang macam ni :

“Saya sayang, kaseh dan cinta mak saya…”


At the end of the day, is it’s all about the blessings from our mother? My life is a mess, my love is a trash, is it all about blessings?

22 May 2016

Catatan Hujung Minggu : Interpretasi Lagu Bersama Fantasi

Sekitar 4.00 pagi

Selepas pulang menonton Yakuza mabuk di UM, mereka sepakat menyinggah ke SS2. Sabtu malam minggu, kat mana-mana, dengan siapa-siapa, aku pasti momentnya mungkin lebih kurang sama. Bermula dengan kritikan terhadap stesen TV dan pilihan penonton luar bandar, dari luahan perasaan naik turun orang seni dan kekecewaan masing-masing, dari usikan gender, patriaki, maskuliniti dan anarki, dari perkongsian solo traveling dan plan bercuti yang tak jadi-jadi, angan-angan, impian, soal Tuhan, keluarga, kekasih, diri sendiri, hentai, MRIC, berenang bogel kat dalam laut dan hinggalah ke… filem tamil Kutti Kutti! Dalam perjalanan pulang, mini konflik yang sama terjadi lagi. Lagu.

Ayop :
Okay. Cuba dengar lagu ni ek…

aku ingin berjalan bersamamu
dalam hujan dan malam gelap
tapi aku tak bisa melihat matamu

aku ingin berdua denganmu
di antara daun gugur
aku ingin berdua denganmu
tapi aku hanya melihat keresahanmu

aku menunggu dengan sabar
di atas sini, melayang-layang
tergoyang angin, menantikan tubuh itu

aku ingin berdua denganmu
di antara daun gugur
aku ingin berdua denganmu
tapi aku hanya melihat keresahanmu

ingin berdua denganmu
di antara daun gugur
aku ingin berdua denganmu
tapi aku hanya melihat keresahanmu


Aku :
Peh! Ini lagu mintak kongkek ni Ayop!

Fiza, Bandi :
Hahahahaha!

Ayop :
Hahaha entah pape ko ni Sherry. Lagu mintak kongkek?

Aku : 
Ha la! Kau bayangkan eh Yop, pergi pantai malam-malam…

Ayop :
(mencelah) … berenang bogel? Celah-celah batu?

Aku : 
Yes! Berenang bogel lepastu terjumpa penyu... takda cengkerang…

Fiza, Bandi :
Hahaha dah boleh agak dah apa kau nak cakap Sherry.

Aku : 
… lepas tu tertanya-tanya “Eh kenapa penyu ni takda cengkerang?”

Ayop :
Rupa-rupanya, “Eh penyu ni memang melekat kat badanlah!”

Semua :
Hahahahhahaha! Bodohlah kau! Bongok!

Aku tersenyum selepas melayan ketawa-ketawa mereka. Ya, beginilah aku. Jujur, walau kotor. Aku tersentak seketika sebab aku mula sedar, sudah lama aku tak begini. Menjadi aku yang dulu. Ketawa dengan lawak bodoh dan bangang aku sendiri.

***

Sekitar 6.00 pagi

Otak dan badan aku sedikit penat. Soal family blessings, relationship aku dengan Mama, relationship aku dengan bekas kekasih separuh binatang, soal majikan dan keluarga beliau, masih berlegar-legar dalam kepala. Tapi lebih baik dari hari-hari yang lepas.  Sudah beberapa malam tidur aku terganggu. Mungkin otak dan badan masih belum menyesuaikan diri dengan ruang dan peluang yang baru. Tapi itu bukan alasan untuk aku sebarkan energy yang negatif. Maka kami semua sama-sama menanti hari untuk cerah, sambil menghembus balut…

Ayop : Sherry, power spek kau berapa?
Aku : Power gila.
Azam : Wey, punchline tu. Hahaha.

Aku kembali berborak dengan Ejoy mengenai Yakuza mabuk di UM. Aku bilang sama Ejoy yang aku gembira tengok dia atas pentas. Aku fangirling teruk masa habis show. Dia ada bakat, dan dapat peluang untuk realisasikan impian dia. Dari bangunan MARA, hingga ke saat ini, tak pernah sekali pun dia mengecewakan penonton. Kemudian aku kembali menatap smartphone separuh hancur, sama hancur macam semangat aku sekarang sebenarnya. Ada perkara yang masih belum selesai. Antara aku dengan Mama, antara aku dengan Ayam. Kusut. Aku cuba lari, tapi kadang-kadang gagal. Resah itu kembali. Tiba-tiba...

Ayop : Sherry, cuba dengar lagu ni…sedap ke tak.
Aku : Hah? Siapa penyanyinya?
Ayop : Ari Gustavo.
Aku : Gustavo?
Ayop : Ye, nah.

Rembulan di malam itu
Bersinar melimpahi
Hati ini, resah ini
Pada dia kesuma hati

Rembulan di malam itu
Bercahya menyinari alam ini
Aku rindu mencintai .... (tak ingat, main bedal)
Hati ini sungguh rindu

Andai mampu kukata
Cinta untuk mu.... (tak ingat, main bedal)
Kembang jiwaku
Andai mampu ku kata 
Cinta yang... (tak ingat, main bedal)
Kembang hati ku
Jauhmu aku sayang ...(tak ingat, main bedal)

Ayop :
Macam mana?

Aku : 
Wey, boleh tahan merecik! Sedap suara Gustavo ni. Lagu pun best! Kejap, apasal lagu ni 2 minit je? Pemalas betul penyanyi sekarang. Dahlah buat album sekarang lagu sikit. Buat lagu pun 2 minit!

Ayop : 
Hehehe. Bukan Gustavolah. Ayop yang buat lagu ni. Suara tu suara Ejoy, bukan Gustavo.

Aku : 
Celaka kau Ayop! Nasib baik aku tak kutuk kaw-kaw tadi. Eh, sedaplah lagu ni. Kejap. Kenapa 2 minit je Ayop? Lagu tu sedaplah.

Ayop : 
Lagu ni tak siap lagi sebenarnya. Ayop record ni pagi-pagi dengan Ejoy, sebab taknak lupa melodi dia.

Aku : 
Wauuuuuu……… So apa tajuk lagu ni?

Ayop :
Terang Bulan.

Aku :
Terang Bulan?

Ayop :
Haah. (Diam seketika, tiba-tiba serius) Masa buat lagu ni Ayop just terfikir orang-orang tua bercinta. Ayop bayangkan video klip dia, Pokme bercinta dengan Makcik jual kuih.

Begitulah Ayop, antara kawan yang aku banyak spend masa lately. Tiga tahun kenal cuma baru sekarang dapat peluang melepak sekali. Seorang manusia random dengan lawak-lawak yang boleh tahan bijak dan pecah, penakut anjing, workaholic musician yang tak reti beza siang dan malam, ada hati nak tackle Ummi Nazeera, ada musang nama Nelly, bukan Nelly Furtado tapi Nelydia Senrose, hidup mati dia dengan cinta, kaseh dan sayang mak dia. Seorang kawan yang secara tak sedar dah tampar aku untuk perbaiki relationship aku dengan Mama. Semoga impian kau nak buat musical theatre kat Istana Budaya tercapai, dan semoga lagu kau bukan 2 minit lagi panjangnya. Akhir sekali, bagilah peluang untuk aku casting watak makcik yang jual kuih dalam music video Terang Bulan, supaya aku boleh rasa menjadi part of the family! Aku sanggup pakai make up nak nampak tua ni!

TAMAT

21 May 2016

Catatan Hujung Minggu : Lagu Untuk Manusia Judgemental

Sekitar 6.00 petang

Dalam sebuah kereta Honda yang mungkin belum habis bayar, mereka mahu menyinggah ke sebuah mall sebelum melihat pementasan teater di UM, tempat yang aku jarang pergi, tak suka pergi tetapi terpaksa bila perlu. Jangan salah faham. Tempat itu bukan UM, tapi mall. Bukan sebab duit atau masa, tapi sebab aku lemas dengan orang ramai yang macam-macam kerenah, dan idea mengisi waktu hujung minggu di mall. Kenapa tidak laut? Sungai? Bukit? Okay, lupakan seketika. Itu konflik dalaman aku sekarang. Berbalik kepada cadangan mereka. Memandangkan  aku tak punya kenderaan, ditambah lagi dengan keadaan mental dan spiritual aku yang belum stabil, seperti biasa aku cuba mengalah untuk tidak rigid, dan cuba untuk bagi diri aku satu peluang meluangkan masa dengan mereka. Bila aku dapat tahu mereka mahu ke Amcorp Mall, air muka aku berubah. Pertama, aku gembira sebab itu antara mall yang aku suka dulu. Kedai buku, barang antic, batik dress exotic, typewriter, itu semua antara kedai favourite aku. Kedua, aku rasa bersalah sebab masih ada sifat judgemental aku terhadap orang lain, mempertikaikan pilihan orang, sedangkan aku tak tanya langsung maklumat dengan lebih terperinci. Maaf, aku tahu aku silap. Jadi, aku tak fikir panjang. Gembira suka!

Ayop :
Korang nak dengar lagu apa?

Fiza, Bandi :
Apa-apa je lah Yop. Kitorang okay je.

Ayop : Hm… lagu Senario ok tak?

Aku : Serious ah Ayop?! Legend tu lagu pecah masa sekolah!


Ayop : Haaa kan kan kan. Aku selalu pasang lagu ni time aku mengantuk bila drive. Bila pasang, segar terus! Okay ready eh….





21 April 2016

K.A.K (Kahwin.Anak.Keluarga)

Selepas 2 cawan JD bercampur Coke buat Honeybunnyterungbendi dan 1 cawan Bacardi bercampur Sprite buat Puteri Disiniland di Vineria.it, dan selepas bertemu teman-teman lama Honeybunnyterungbendi usai cari makan sekitar Bangsar, mereka menuju pulang. Di dalam kereta…

Puteri Disiniland :
Macam ni eh life kawan-kawan musician you lepas kahwin? Tunjuk gambar anak sendiri, puji anak comel, isteri baca whatsapp, kena balik awal sebab pagi nanti nak hantar isteri kerja dekat Putrajaya. Hehehe…

Honeybunnyterungbendi :
Hehehe… tulah.

Puteri Disiniland :
James pun dah nak dapat baby, kan? Macam tu je kan twist? Tiba-tiba dah nak dapat baby. Life should be twisted macam tu ke eh sebenarnya?

Honeybunnyterungbendi :
Tak tahulah. James adalah orang yang paling I tak sangka akan ada baby. Berapa lama dia single sebelum jumpa Jess, polyamorous lagi.

Puteri Disiniland :
Kenapa dengan polyamorous? Apa kena mengena?

Honeybunnyterungbendi :
You kena faham, polyamorous relationship ni boleh je ada ramai partner, dan tak perlu bagitahu pun kat partner diorang relationship diorang dengan orang lain.

Puteri Disiniland :
I tak nak tahu semua tu.

Honeybunnyterungbendi :
Sometimes orang confuse, kalau polyamorous orang ingat ohhh ramai partner. Tapi boleh jadi relationship tu sebenarnya diorang berdua je takda partner lain pun.

Puteri Disiniland :
I tak nak tahu semua tu! You ni asyik ulang-ulang benda yang sama, yang you beriya explain kat I, you nak kan sebenarnya? Kan?

Honeybunnyterungbendi :
Apa? Ada anak?

Puteri Disiniland :
Ohhh, I ingat you cakap pasal polyamrous relationship.

Honeybunnyterungbendi :
I kan, kalau I ada duit, menang jackpot 25 juta, I mungkin akan open pasal ada anak. Ish tapi kesianlah kat you, nanti susah nak bawak jumpa family sebab kita tak kahwin.

Puteri Disiniland :
Apa yang susah, kita kahwin aje lah.

Honeybunnyterungbendi :
Seriously?

Puteri Disiniland :
Tadi you cakap kalau ada duit you nak anak? So kita kahwin ajelah. Kan dah stabil?

Honeybunnyterungbendi :
Kahwin? Apahal you ni? I cakap kalau I ada duit, mungkin I akan open sikit pasal the idea of having anak, I tak fikir pun pasal kahwin.

Puteri Disiniland :
Tapi I nak kahwin, I tak nak ada anak.

***
Walaupun tak berkesudahan dan masih kabur, Puteri Disiniland sebenarnya terkejut. Lebih kepada tak percaya. Deep down inside, ada satu spark, spark yang sama rasanya masa mula-mula Puteri Disiniland jatuh hati dengan Honeybunnyterungbendi, waktu dia puji rambut dan mata Puteri Disiniland masa kelas lakonan dulu, waktu dia mempersoalkan kenapa mata yang cantik nak disorok dengan rambut? Waktu dia menyatakan kelebihan fungsi rambut dan mata yang pelakon boleh gunakan sebagai kekuatan. Macam mana Honeybunnyterungbendi boleh tahu kekuatan yang Puteri Disiniland selalu disorok dari orang sebab malu dan tak yakin?

Spark itu. Spark itu datang semula bila Honeybunnyterungbendi buka mulut pasal anak. That spark led to a ray of light inside her darkness. Terselit satu perasaan yang gementar tetapi gembira, bercampur harapan dalam ketakutan. Walau masih dalam kegelapan, ada cahaya di celah-celahnya. Sama, perasaan itu sama! Apa ini?


Sekurang-kurangnya, Puteri Disiniland tahu bukan dia sahaja tak berlaku jujur sejak bersama Honeybunnyterungbendi berkenaan isu kahwin, Honeybunnyterungbendi juga tak berlaku jujur sejak bersama Puteri Disiniland berkenaan isu anak, atau mungkin sebenarnya… keluarga?