04 November 2014

Sana Sini Sibuk!

Orang lain sana sini sibuk dengan anugerah, tapi dia sibuk tolong adik-adik tadika dan sekolah menengah.

Orang lain sibuk tunggu jemputan, tapi dia sibuk buat perancangan dengan kawan-kawan.

Orang lain sibuk ke salon nak cantikkan rambut, tapi dia sibuk paksa kekasihnya leraikan rambut.

Orang lain sibuk cari baju sponsor nak ke Seremban, tapi dia sibuk pilih-pilih shortpants nak ke LRT Ampang.

Orang lain sibuk dengan hashtag di media sosial, tapi dia sibuk tekan Nokia lampu picit sambil berbasikal.

Orang lain sibuk meredah trafik, tapi dia sibuk tekan radio pilih playlist.

Orang lain sibuk nak bikin filem screening luar negara, tapi dia sibuk berangan nak buat tayangan dekat kampung secara percuma.

Orang lain sibuk review Hanyut, dia sibuk menghembus balut.

Orang lain sibuk nak buat duit bila berkarya, tapi dia sibuk promote "an actor is also a thinker" beriya-iya.

Orang lain sibuk nak pentaskan semula naskah, tapi dia sibuk perah otak supaya idea dikerah.

Orang lain sibuk atur jadual nak shooting interview bagai, dia sibuk atur jadual ke Ayaq Hangat, Rumah Api, Findars ke Kebun Kaki Bukit bagai.

Orang lain sibuk berselfie dekat mall dekat restaurant mahal, dia sibuk bawak kawan-kawan berzina dengan kesemulajadian.

Orang lain sibuk merancang masa depan, tapi dia sibuk meraikan hari dan lupakan semalam.

Orang lain sibuk, dia pun sibuk. 
Maka jadilah mereka semua si penyibuk. 
Yang membezakan mereka, hanyalah pilihan untuk menikmati kebebasan.

Perempuan Penyibuk Yang Tersepit Dalam Dua Dunia (4 November 2014)





No comments:

Post a Comment