24 June 2014

Separuh otak sudah mati

Separuh otak sudah mati
Diracuni virus ciptaan sendiri
Kapasiti demi kapasiti
Tak mampu menampung memori duniawi
Tak mampu mengklasifikasi teritori
Juga zat-zat tanah, angin, air dan api
Tak mampu menepis obsesi si pesimis

Separuh otak sudah mati
Akibat gagal berfungsi
Akibat gagal berbakti
Akibat gagal berkongsi
Untuk yang keberapa kali
Separuh otak mati lagi


No comments:

Post a Comment