15 February 2014

Talian Nur

Kadang-kadang ada banyak benda yang nak ditanya, tapi tak dapat dilontar dengan tepat, lantas membuatkan kau tersalah mentafsir lalu menjadi bahan ketawa yang panjang dibelakangku. Mungkin bukan didepan rakan-rakanmu, tapi mungkin di satu sudut otak kanan atau kirimu.

Terserah.
Sebab kau yang pantang menyerah.

Kata Abah, aku memang ada masalah komunikasi penyebab aku selalu disalah-erti lalu dimanipulasi!

Bagi aku, komunikasi adalah refleksi 'percaya', bukan keinginan dalam keterpaksaan tapi yang lahir jujur dari hati. 

Bila kau bercakap tentang disalah-erti, itu bukan masalah komunikasi. Itu masalah peribadi. Konflik diri sendiri, tak ada kena mengena dengan third-party.

Semalam, aku tanya diri sendiri :

Apa perasaan seorang anak kepada seorang doktor bila sakit terpaksa dihantar ke klinik yang bukan milik bapanya?

Apa perasaan seorang ibu kepada seorang tukang masak bila si anak memberi kejutan makan malam sempena hari jadi di sebuah hotel mewah?

Apa perasaan seorang isteri kepada seorang guru kebangsaan yang anak mereka dihantar ke sekolah international?

Apa perasaan seorang kekasih kepada seorang penyanyi bila lagu yang didengar tidak berkenaan langsung dengan dirinya?

Hidup memang selalu disalah-erti.
Sebab kita bukan TUHAN yang mampu membaca semua isi hati.



No comments:

Post a Comment