31 January 2014

Folk Dua Balut - Ayam Fared

lebuhraya utara selatan
bulan, di luar pandangan
hijau pekat langit malam
se-pocong, lagi dia bakarkan

atas jalan seorang
nyanyian, jadi kawan
di kawasan angin lintang
dia, jadi penentang

papan tanda berwajah lembu
berteman slogan hati-hati memandu
bas-bas ekspres dan kereta mewah empat pintu
diteman pemandu penghisap syabu

kenderaan berat ikut kiri
nyanyian, tiba-tiba terhenti
khayal yang tak berlabuh
(tak tertanding) hadlaju, seratus sepuluh

pocong felda tinggal separuh
(bukan) alasan, untuk mengeluh
walau tiga sempadan telah ditempuh
jalan, masih jauh

sejuk pun mengunyah rasa
malam pasang, tanpa purnama
nyanyian yang kembali bergema
memaksa dia, tinggalkan lebuhraya

dan dengan setengah upaya
dia ke jalan tak pernah rata
dengan setengah putus asa
dia tetap yang durhaka

- Ayam Fared

No comments:

Post a Comment