17 June 2011

Kanvas Sepanjang 2 Tahun

Untuk tahun pertama,
Warnanya tak begitu cantik,
Pudar kusam langsung tak ceria,
Entah apa yang dilakar, diwarna, dilukis,
Empunya badan sendiri tak mengerti.
Sikit tak nampak pokok pangkal cerita.
Kepala ini kusut,
Tak sepadan usia,
Walhal baru betatih baru menapak.
Lintang pukang juri-juri.
Silap bancuhan,
Salah kombinasi,
Sangsi tekniknya,
Menitis air mata balik dinding,
Cengeng sekali.


Untuk tahun kedua,
Warna-warni kanvasnya,
Empunya sendiri tersenyum melihat,
Apatah bila juri sentuh jalinan atas karya,
Oh tak semudah itu sebenarnya,
Dilupa lara,
Diterus perjalanan,
Dikuat semangat,
Dipayung Mama Abah,
Didekat Maha Esa,
Baru nampak hasil seninya,
Bukan mahu takabur riya' segala,
Yang elok ambil buat teladan,
Sebenarnya tak pernah pun terlambat,
Sentiasa ada kanvas ada pastel ada berus,
Cuma bila akal dan emosi bergabung,
Tak pasti bila harus memilih,
Cepat-cepat kuatkan semangat,
Jangan pula cepat melatah,
Tangan kiri kanan adalah anugerah,
Apa salah hamparkan kanvas,
Biar buat juri kali kedua,
Kali ini bukan tangis duka lara,
Cuma ketawa ceria gembira,
Adapun cuma titis dan senyum,
Kalah menang belakang cerita.

Alhamdulillah...

2 comments:

  1. alhamdulillah. sudah dua tahun sejak mula berbajupink aku ke kelas buat kali pertama. nikmat. tahniah shareyza. akhirnya, titik sebenar sudah dapat :)

    ReplyDelete
  2. dan kali pertama aku jejak ke kelas rupanya sudah masuk dua minggu anak-anak yang lain menimba ilmu.hampir tak punya siapa-siapa masa lalu.terima kasih juga buat anda.

    ReplyDelete