28 March 2017

AY_ _

Perjalanan kita masih jauh, mungkin tak berpenghujung. Semoga kita semua terus bahagia tanpa perlu rasa sengsara, tanpa perlu rasa derita. Paling penting, berkasih-sayanglah sesama kita.

01 December 2016

Just pull out, because we are not that loud.

Sometimes, we have to accept that, our idea is not that necessarily important, critical, acceptable and effective to the society, or even in a collective. We have to accept that only certain people with colours who carries the benefit of networking will going to nail every idea that you've had proposed or spoken.

Truth is, that kind of people who triggers major provocation and sensation but  never seek for solution, is the one who will dominate collective movement.


26 November 2016

Sopan

Minggu lepas
bukan main garang atas jalan
hingga terlentang panjang kain rentang
penuh kata-kata perwakilan
diconteng pula tulisan-tulisan menentang kesopanan
konon-konon menuntut keadilan

Beberapa hari kemudian
bila pertolongan diperlukan
bila jiran depan menghadap kematian dan kehilangan
bila seekor kucing yang mungkin tak bertuan dibaham anjing-anjing jalanan
cuma kata-kata dari pengalaman lepas yang dilemparkan

"Lumrah dalam kehidupan. Adatlah dalam kehidupan"

Lalu dengan tidak bersopan
seawal pagi dipaksa dan dikejutkan
hanya untuk memberi bantuan
sekeping gambar separuh anggota badan
untuk dilacurkan perkhidmatan kepada teman-teman
teman-teman yang dari awal pandai mengatur puji-pujian agar mudah dikerjakan
sehingga nilai-nilai cinta sanggup dicampak bertaburan
akhirnya iphone 5 yang menjadi pengantaraan
yang dulu pernah dijadikan bahan dalam salah satu tulisan

Dalam satu ruang yang luas, masih ada tubuh yang lemas. Dengan sopan, mahukah kau memberi pertolongan? Walau tiada wang diberikan atau lensa kamera difokuskan oleh teman-teman, masihkah kau mahu menyemai cinta dengan sopan?

Terima kasih Tuhan, tapi aku masih tak ada pilihan.



24 November 2016

Short Note for 'Kaki Flirt Ikat Tepi'

At the end of the day, or at the end of a relationship, everything is ugly.

People flirt, people cheat, people lie. People just want sex, either for reproduction or pleasure, people just want sex, not love. People just want the happiness of teasing each other, not the commitment of comforting each other when facing the low moment. People just want to be with new people in life, meeting new adorable admirer, get inspired, get praised and get high with drugs and still dare to talk about love and humanity. People just want to be a hero for temporary phase in life. People are slavering money to solve everything.

No matter how good you are, you always can be replaced. This fucking fliterry flirting feeling is powerful, even money and loyalty can't afford that kind of feeling.

20 October 2016

Tuhan Jalanan

Makin lama, makin banyak Tuhan yang dicampak ke jalanan, sehingga Dia sendiri terpaksa mengumpul pengikut-pengikut baru untuk menyebar ajaran konon-konon atas dasar cinta yang realitinya, penuh penindasan dan ketidakadilan yang akhirnya, hanya yang pandai menyusun kata-kata, macam puisi atau slogan-slogan menteri, akan dapat bertahan dengan apa yang diperjuangkan, termasuk kebebasan berkerajaan, kebebasan berpakaian, kebebasan berjantinan, kebebasan bersenggama, atau apa sahaja yang menjadi lawan kepada kesemulajadian.

Berapa nilai kitab dan hadis yang dijual? Boleh aku tanya wang posnya sekali?

01 October 2016

30 Minutes Moment With So Called, Crush?

So I had a conversation with him, when everyone is napping enjoying the sea breeze : 

Crush :
Kau perasan tak, cara aku layan kau dengan aku layan kawan-kawan perempuan kita yang lain, memang lain? Sebab kau special. Aku akan interested nak kenal orang tu dan nak tahu pasal orang tu bila aku suka orang tu. Aku suka kaqu, Sherry.

Me :
Maksud kau, selesa?

Crush :
Aku suka kau, Sherry.

Me :
Yelah, maksud kau macam selesa, kan?

Crush :
Ya, selesa.... Sebab tu aku sentiasa perhati kau, apa yang lain kat diri kau setiap kali kita jumpa, apa kau pakai, apa kau buat.

Me :
Patutlah kau sampai boleh perasan gelang aku tak ada sebelah kalau aku terlupa nak pakai!

Crush :
Hehe.



****


Crush :
Fiza, tolong letak batu kat kain Sherry. Nanti terbang

Me :
Eh biarlah.

Crush :
Alaaa, aku tak nak orang lain tengok Sherry....



***



You brought all of us to PD after my birthday because i think you were thinking everyone need an escape, and that would be a wonderful excuse. I might be wrong for guessing on behalf of you.  

You bought Chrysanthemum, not sure for whom but I was the first one to grab it. You asked about my relationship with Ayam openly. You shared your personal life with me without me even asking. The day before, you comfort me with a blanket before I went to sleep. You're such a sweetheart my dear friend. 

Dear crush. Are you crushing on me too? I must be wrong. Am I?

02 September 2016

Bila dia soal aku,

"Kau nak aku tikam kau ke hah Sherry?!"

Belum sempat aku hadam perkataan tikam dan sebelum habis ayat, dengan sekelipan mata, aku dapat rasa jari-jari dari tangan jantan dia terbenam kasar dekat mata dan kening kanan aku. Sakit. Pedih.

Dia betul-betul tikam aku, walaupun aku tahu dia tak sengaja. 

Semoga hari esok, aku bukan lagi manusia :

1) Yang selalu menyakitkan hati dan perasaan dia
2) Yang selalu tak menghargai usaha-usaha mulia dia
3) Yang selalu membalas perbuatan kasar dan ganas dia
4) Yang selalu larikan diri untuk mengalah bila berbahas dengan dia
5) Yang selalu diam bila tak setuju dengan dia
6) Yang selalu mempersoalkan nilai cinta, kasih dan sayang dia
7) Yang selalu menyindir dalam nama komersial dia
8) Yang selalu salah tafsir nada dan ton suara dia
9) Yang selalu merendahkan semangat dan galakan dari dia

Semoga hari esok, aku berjaya berhenti memburu harapan baru yang akan timbul setiap kali berbaik selepas dia puas cari jalan nak selesaikan perbalahan, selepas dia selesai pekup mulut aku, tekan mulut aku dalam-dalam supaya aku berhenti cakap dan dengar apa yang dia nak jelaskan, selepas dia selesai pukul, cekik leher aku, tengking aku rapat ke muka dengan mata-mata terbeliak, maki aku dengan suara lelaki paling garau penuh ugutan, herdik aku macam imigran dalam tahanan lokap. Semoga aku berjaya bunuh awal-awal harapan untuk itu!

Soalan aku untuk dia,

"Macam mana kita boleh liar, gila, dan ketagih menyakiti sesama sendiri sampai ke tahap ini hari ini?"